Monday, 12 December 2016

Review HOTEL THE PINES,MELAKA

Assalamualaikum to all my blog reader,semua gambar #KKM Kelantan Kami Mari telah hilang,so ai takde idea nak mengolah ayat camne so kita abaikanlah ye #KKM(sukati kau je nk suh org abaikan post tu)
So ai akan citekan masa ai ke Melaka (takmau guna pacik lagi,nampak bebenor tuanye kahkahkah,eeeeee ngadanya kau ni pacik).Eh sambung,pada hari keenam bulan Disember merangkap 6/12/16 atau 6 Disember 2016 (tangan gatal nk menulis pepanjang hiks2) ai telah bercuti ke Melaka (sebenarnya bukan bercuti tapi ade hal untuk diselesaikan).Oleh itu,ai pon mengugel lah hotel yg nk diduduki kat Melaka nih..Syarat yg menepati kehendak ciri2 hotel yg pacik kehendaki ialah(eh memilih lak kau ni eh)

1.Kebersihan yang diutamakan
2.Mesti bilik besar lebih 48 kaki
3.Mesti ade lif(paling yang diutamakan dari list ni)
4.Mesti ade kolam renang(swimming pooool)
5.Design/Atur perabut di dalam bilik kemas
6.Hotel baru(ade ke hotel baru zaman 2016 nih??)

(Sebenarnya banyak lagi yang syarat2 yg diutamakan,cuma kesian reader yang nak membaca nanti sampai tak terbaca point2 penting hiks)

So mengoogle google jumpa hotel yang menepati ciri-ciri diatas..jumpa lah 3 hotel yang menepati ciri2 hotel yg ai nak hoks2

Swiss-Garden Hotel & Residences Malacca 
The Pines Melaka 
Hatten Hotel Melaka 

So diantara hotel diatas,teka mana yang menjadi pilihan ai....
JAWAPANNYA ialah THE PINES MELAKA.

Mengapa THE PINES MELAKA menjadi pilihan ai?
1.Hotel baru(yeah)
2.Ada lif(bende kau ni pacik)
3.Hotel amat bersih.
4.Design bilik yang amat teratur(bedasarkan review oleh blogger lain
5.Kawalan keselamatan yang amat 
6.Mempunyai bilik terbanyak di Melaka(kalau tk silap)
7.Kolam air masin pertama yang disediakan hotel
(banyak lagi kalau yang nak diLISTkan kahkahkah)

So booking di booking.com tolak diskaun gitu2 then dapatlah ai bilik EXECUTIVE PREMIER.

So 6/12/16 tu geraklah ke Melaka
oh lupe nak gitaw,start checkin kul 3,checkout kul 12..

Sampai di lobby hotel pukul 12.46pm(tepat ye masa,ai kira tau)















Wooooo...cantik wawwww lobby The Pines niii.
















Pintu masuk pon nampak grand apatah lagi biliknye hiks2

















Kaunter checkin.....

Conversation antara ai dan staff hotel..

''Nak tanya,dah boleh check-in sekarang ke?'' tanya Ai
''Sepatutnya check-in bermula pada pukul 3,tapi saya boleh tolong check dengan room department''  kata staff

Selepas memberi no booking dan semua dokumen yang diminta..

''Bilik En. belum available lagi,saya boleh minta housekeeping department untuk siapkan sebelum pukul 1,jadi pukul 1 En. boleh datang untuk ambil kunci(card)'' kata staff
''Terima kasih''kata ai

Ini salah satu yang ai suka kat TP ni.staff amat peramah dan mesra.Kalau bilik dah siap On The Spot contoh kalau dtg kul 11am tapi bilik dah siap,boleh checkin terus rasanya..Inilah kelebihan TP yang tidak ai kesan dalam semua hotel yang ai cekin...

DupDapDupDap...

1PM:
''Saya nak ambil kunci untuk no booking ni,*********''tanya ai
''Bilik En. sudah sedia,sila sign disini untuk pengesahan dan juga deposit RM100 dan juga heritage fee RM2+RM2(2 malam kan),En. mahu membayar mengunakan tunai atau kad kredit?''kata staff
''Saya pakai tunailah..''kata ai
''Terima kasih En. kerana memilih The Pines sebagai tempat penginapan di Melaka.Harap En. berasa selesa di sini.Jika En. memerlukan bantuan,sila hubungi operator kami di talian 0(untuk line dlm bilik aje kot),bilik en ialah 2804 di tingkat 28..

Tangan ai pon dah panas ni sebab dari pagi nonstop menaiping..so pt2 lah kita :)
OK bye oulls,ai nak berjalan2 sekitar melaka ni ok...tunggu pt2 yg lebih menarik kahkahkah2














Thursday, 17 November 2016

Hatiku Remuk tetapi Redho dengan Takdir Illahi..

Assalamualaikum Gais..
pacik nk gitau,segala post pacik yg ada part 1 include graduation day and KKM tu dibatalkan sbb pacik tk jumpa gambar keh2..
Blog today maybe be look sad sikit for pacik :(
Sambil menulis sambil menitis ayaq mata naa

Ok jom gi tajuk utama..
As the Malaysian know.today,11 Nov 2016 result UPSR keluaq,(terketaq2 badan nak menaip ni haa).

UPSR atau nama panjangnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah ni telah berubah format starting 2016 and penambahan gred untuk Bahasa Inggeris (kalau tk silap).Bermula tahun 2011,semua telah bertukar kepada KSSR atau namanya ialah Kokurikulum Standard Sekolah Rendah.The old one ( KBSR,Kokurikulum Baru Sekolah Rendah telah dimansuhkan dan digantikan dengan new format iaitu KSSR....(kalau tk silap dgr info)

Perbezaan yg pakcik dpt analisis:


UPSR 2015                                              UPSR 2016
-Ada 5 gred for exam                              -Ada 6 gred for exam
BM Pemahaman                                      BM Pemahaman
BI Penulisan+Pemahaman                      BI Penulisan
Matematik                                                BI Pemahaman
Sains                                                          Matematik
                                                                   Sains


So,banyak perubahan yang berlaku pada UPSR 2016 ni,daripada 237 pelajar tahun 6 at my school,
nak tau bape yg dpt 6A?japgi pakcik gitau kt bawah.

Secara keseluruhannya, seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang menduduki peperiksaan itu pada bulan September yang lalu
-sumber asal dari mysumber.com

Tu diaaaa,from 452,721 calon,only 4,896 yang dpt straight A!.
So,ni pacik nk provide sikit bilangan2 calon 6 A dri setiap negeri di Malaysia.



Perlis

Seramai 45 pelajar atau 1.21 peratus daripada 3,805 calon UPSR di negeri Perlis, berjaya mendapat keputusan penuh semua A Sepuluh sekolah terbaik dalam UPSR di Perlis kali ini adalah SK Seri Indera, SK Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, SK Paya, SK Putra, SK Sena, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun, SK Behor Empiang, SJKC Padang Besar (U), SK Stella Maris dan Sekolah Agama Al Islahiah Kedah Seramai 280 calon di negeri Kedah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A Jumlah pencapaian itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon UPSR 2016 


Pulau Pinang 

Seramai 399 calon UPSR 2016 di negeri Pulau Pinang mendapat keputusan semua A Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perempuan Cina diumumkan sebagai sekolah terbaik keseluruhan manakala empat buah sekolah lain mencatat keputusan 100 peratus lulus Empat sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman, SK Permatang To’ Jaya, SJKC Chun Hwa Pantai Acheh dan SJK Tamil (SJKT) Ladang Byram 

Perak 

Seramai 363 calon mendapat keputusan cemerlang semua Gred A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di negeri Perak Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.05 peratus daripada 34,713 calon yang menduduki peperiksaan tersebut September lalu Jumlah tersebut turut menyaksikan pecahan seramai 240 calon dari bandar dan 123 luar bandar yang memperoleh semua A Daripada jumlah tersebut gred purata bagi keputusan UPSR di Perak meningkat sebanyak 2.97 peratus Dalam pada itu, seramai 23,186 calon yang menguasai ABCD atau 67.26 peratus manakala 1,010 calon memperoleh semua E iaitu 2.93 peratus 


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Seramai 308 calon UPSR di Wilayah Persekutuan mendapat keputusan cemerlang semua Gred A sambil menyaksikan gred purata negeri adalah 2.77 mata 


Selangor 

Sejumlah 1,025 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) memperoleh keputusan cemerlang 6A serta 8A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2016 di negeri Selangor Seramai 87,229 calon telah menduduki peperiksaan UPSR 2016 Pencapaian yang disifatkan cemerlang itu, telah menyumbang kepada Gred Purata Negeri yang mencatatkan 2.85 peratus berbanding Gred Purata Kebangsaan iaitu 2.96 peratus 



Negeri Sembilan 

Seramai 247 atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di Negeri Sembilan mendapat semua A Manakala bilangan murid yang mencapai tahap Minimum Kompetensi (mendapat sekurang-kurangnya D) dalam keseluruhan mata pelajaran adalah seramai 11,944 calon (71.9 peratus) Gred Purata Negeri (GPN) pula adalah 2.82 peratus dan Negeri Sembilan terus mengekalkan kedudukan dalam kalangan lima terbaik antara negeri-negeri 


Melaka 

Seramai 159 murid telah memperoleh keputusan cemerlang iaitu A dalam semua mata pelajaran UPSR 2016 di negeri Melaka Keputusan peperiksaan UPSR negeri ini amat memberangsangkan dengan Gred Purata Negeri 2.83 Seramai 13,261 calon telah menduduki peperiksaan tersebut 

Johor 

Sebanyak 671 daripada 54,678 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di negeri Johor mendapat semua A dalam semua mata pelajaran Pencapaian keseluruhan calon UPSR pada tahun ini adalah 2.84 mata mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 0.12 mata Sementara jurang peratusan calon mendapat pencapaian cemerlang di bandar ialah 282 mata, manakala calon luar bandar mencatatkan 2.90 mata 


Pahang 

Seramai 296 calon UPSR 2016 di negeri Pahang memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi sekolah-sekolah di negeri ini pula adalah 2.96 mata Keputusan berkenaan membabitkan 23,797 calon atau 1.27 peratus. Manakala bilangan calon yang menguasai Semua Mata Pelajaran (MSMP) adalah seramai 15,857 orang atau 67.91 peratus 


Terengganu 

Seramai 271 calon UPSR 2016 di negeri Terengganu memperolehi semua A Jumlah itu merupakan 1.33 peratus daripada 20,341 calon yang menduduki peperiksaan itu di seluruh negeri tersebut Seramai 68.36 peratus atau 13,906 calon terbabit mencapai kelulusan dalam kesemua enam subjek Gred purata negeri ialah 2.95 berbanding gred purata nasional 2.96 


Kelantan 

Seramai 320 calon UPSR 2016 di negeri Kelantan memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.03 Jumlah semua A tersebut dari 29,372 calon sekolah kementerian yang menduduki peperiksaan Secara keseluruhannya, seramai 18,539 atau 63.12 peratus calon mendapat sekurang-kurangnya D dalam mata pelajaran diambil dan Subjek Sains mencatat peratus lulus tertinggi iaitu 95.6 peratus 


Sarawak 

Seramai 284 pelajar berjaya memperolehi semua A dalam peperiksaan UPSR 2016 di negeri Sarawak Jumlah tersebut membabitkan 164 pelajar yang memperoleh 6A bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan 120 pelajar memperoleh 8A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC) Sebanyak 143 buah sekolah pula mencatatkan keputusan 100 peratus melibatkan 127 buah SK dan 16 buah SJKC Sabah Sebanyak 187 daripada 43,661 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjaya mencatat keputusan A bagi semua mata pelajaran yang diambil

-semua info diatas diambil dari sumber asal mysumber.com


So,back to my real life setori....

So todaylah pacik got the result,(pls la dont kecam umur pacik ni bape ok).
So starting 15,16 Nov,pacik dah start tk senang nak duduk.Tidur tk lena,jalan tak tenang,buat kerja bagai2 semua tkjadi (tpi makan still rutin cm biasa tk berubah k)

So the night 16 Nov,our schoool Guru besar already got unofficial result (maybe bilangan bape orang yg dpt 6,5,4 A),katanya dia agak terkejut dengan keputusan yang belum rasmi itu.(bilangan murid pacik gitau masa ckp result)..

Start kul 10a.m ,pacik and the geng(loll) dah tak senang duduk dah,merayap dgn my friend kat kantin sekolah.Then,PT6 atau Penyelaras Tahun 6 called and gather us at dataran perhimpunan untuk masuk dewan for result.Masa tu la hati dupdapdupdah dh nk tercampak kt tepi pokok rose (tepi pakcik beratur) (sian pokok rose dijadikan bahan lawak pulak)

Then beratur ikut kelas..

DIAMOND
RUBY
JADE
PEARL
EMERALD
SAPPHIRE
OPAL

Then the GB announced the peratusan for our school and murid2 yg dpt 4.5.6 A,NAK TAU BAPE 6 A AT OUR SCHOOL??? JengJengJeng....Bilangan 6A For First KSSR Batch at SKTK ADALAH....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

1 orang.
(jahat pacik suh korang scroll sampai bawah2 bahahaha)


After GB annouce the infomation,start lagi skali debaran di dada (ayat tak tau nak bagi bape peratus)

pastu around maybe on 11 or 11.30a.m,seorang demi seorang dipanggil bermula dengan
murid2 yg lulus daripada kelas S Dan O...

Lepas tu....murid2 yg menerima 4A....
Bermula daripada kelas D
seperti lirik lagu ''GUBAHANKU''
''walauapa yang terjadi.... tabahkan hati mu selalu''
Ramai gak yg laki....
(nnti pakcik gitau pakcik bape A)
ini real,pakcik tk nangis ok(even nangis gembira or syukur),i told u after this post

Diumumkan pula 5A....(soli pakcik lupe bape bilangan)
Start 5A ibu bapa boleh join ikut pelajar untuk mengambil result dripada YDP PIBG SKTK


Dan....
6A 
ialah...

IZWAN NAUVAL,my classmate 6D..
Congratulation Izwan for achived your goal to get 6A!!!

For your info,pacik only get 4A 2b :( tapi as i stated kt atas
''walau apa yang terjadi.... tabahkan hatimu selalu''
pakcik bersyukur kehadrat illahi..kerana mengurniakan kejayaan dengan 4A 2B,walaupun my goal is 6A..

Nape pacik tk nangis?? I dont want to make my pa,ma and teacher sad...Tula pasal tahan kejap ayaq mata,nangis la ni masa tulis semua benda ni..mana tidaknya,starting Januari-September,result trial aritu 5A 1B tetiba the real one 4B...tapi takpe,pacik redho dengan ketentuan illahi..

I want to thank this teacher for teaching me from Standard 1 untillah Darjah 6,without YOU GUYS...i cannot reach this result..This teacher giving me lot of motivation!

Cikgu Azma (1R Class Teacher),Cikgu Zuraida,Ustaz Munnawir,Ustazah Ruhaila,Ustazah Ramdiana,Ustazah Suriana(telah berpindah),,Cikgu Zulaiha,,Cikgu Rokiah,Cikgu Rizal,Cikgu Wazli,Cikgu Wan Sanisah,,Cikgu Suhaili,Cikgu Ahmad Khairuddin,Cikgu Fahmi,Cikgu Fahrul,Mr Zaiful,Cikgu Rasyedi

And Privately tag for this person...
Banyak memberi sokongan mental dan moral banyak membantu di saat akhir..

Madam Azla,Cikgu Mazlinda,Cikgu Yussalina,Mizz Emy Norlin,Ustaz Hamidi,Ustazah Saebah,Ustaz Yusairi,Cikgu Noraini Hamid,Cikgu Wazli Cikgu Azmi dan semua guru Tahun 6...

Pakcik nk berterima kasih kepada semua guru2 yang telah mendidik membaca huruf sehingga dapat membaca sehingga dapat membuat ayat kepada mengarang karangan.Tanpamu,pakcik tidak akan dapat mengarang blog yg sebegini panjang...

Paling diterimakasih,my pa and ma......Thank you for giving moral support..without you,i cannot reach this result...

Setakat disini sahaja tulisan pakcik...Walau Apa yang terjadi,tabahkan hatimu selalu...

(shared by auntiecookies )
























Sunday, 30 October 2016

SKTK GRADUATION DAY 2016

Assalamualaikum and selamat ptg to my blog reader..Pacik nak minta maaf sbb dh hampir 4 bulan (lagi 2 hari masuk 5 bulan) tk update blog disebabkan busy memanjang dan betul2 pakcik katakan,Pacik betul2 lupa password,ini real bukan main2 tau.Time kasih laaaa kt staff di Google Support yg membantu pacik recover semula acc ni kahkahkah.

Ok dripada melalut panjang,just nk share story about my graduation day at SKTK (pandai2 lah cri apa tu sktk dan sudah pastinya ia di ampang)

















Tema kali ini ialah pink dan gray,tahun lepas temanya Kuning dan putih kalau tk silap kuikuikui dan tetamu jemputan khas ialah YBhg. Datuk Dr. Hj. Baderisham bin Hj. Joli,
Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Ampang

oh lupe nk gitau,graduation ni untuk tahun 6.. (kata pakcik tetiba tahun 6 bende ni lol)
Aturcara pertama dimulakan dengan perarakan masuk kelas 6 Diamond (my class ok)diketuai oleh Barisan Pentadbir SKTK.(soli tkde gmbar tk menyempat nk menyelah)
oh for reader information my class ada 7 ( Diamond,Ruby,Jade,Pearl,Sapphire,Emerald dan Opal).
Setelah perarakan masuk ke dalam dewan Bougainvillea,acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan disusuli dengan nyanyian lagu sekolah.(ni pon tkde gmbr sebab tgh nyanyi kan -_-)

Acara seterusnya dimulai dengan bacaan doa diketuai oleh rakan pakcik Abdul Rahman bin Hamzah dan seterusnya acara mendeklamasikan sajak bertajuk 'Guruku'' oleh Amir Akil(same reason tkde gmbar)

Dan kini acara kemuncak,ucapan dari Penyelaras Tahun 6 merangkap ibunda/bonda/mama/doctor/kaunseller/madam tahun 6,Puan Azlawati Azlinda binti Ahmad


(Inilah bonda kami...sedang berucap..serta memberi nasihat kepada anak didikannya)

Acara seterusnya dimeriahkan lagi dengan ucapan ketua pentadbiran SKTK merangkap Guru Besar,Puan Hajah Khodijah Binti Aziz..





















(ketua pentadbiran.....sdg memberi ucapan dan kata2 semangat buat tahun 6)

Nnti akan bersambung entry seterusnya..tata titi tutu bye..
Assalamualaikum..

UPDATE 7/12/16: OLEH KERANA SEMUA GAMBAR DLM LAPTOP PACIK TELAH DIFORMATKAN SEORANG KEKANAK KECIL,MAKNANYA TIADA PART KE2 :(. MAAF PADA READER YG MENUNGGU PART 2..





































Sunday, 5 June 2016

#KelantanKamiMari #ourjourneytoCikSitiWanKembangState Part 1

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum semua..:)
Suri sebab sudah lama tidak upload blog :)
Pacik tetiba lupe password (jk ok)
Takde lah,pakcik just terlalu sibuk sampai tak ingat blog
Aritu pakcik masuk sepital,nantikan post tu ok

Kalau diikutkan tajuk post ni,mesti semua dah tau kan sebab apa pakcik tulis post ni??
ni kisah perjalanan pakcik ke negeri Cik Siti Wan Kembang..
Tujuan utama pacik ke sini ialah untuk ke majlis kenduri kawin bapa saudara pakcik(eh kan pakcik nape ada lagi pacik),

Sehari sebelum ke Kelantan,pakcik sudah membuat booking di sebuah homestay di Bachok dan sebuah lgi homestay di Kota Bharu(majlis perkahwinan tu terletak di Bachok,dan sbb apa pacik booking di Kb kerana selepas abis kenduri,pakcik nak serang Bazar Tok Guru dan Pasar Siti Khadijah(window shopping lah katakan)...Harga kedua2 homestay tu tidak lebih daripada RM300..nak tau keluasan homestay ini?nantikan gambar dibawah ataupun di post part2

Pada pagi 2 Jun 2016,pukul 7:30pg pakcik terus menuju lebuhraya Karak yg terletak 12 km daripada kediaman pacik di sini Ampang.Setelah berada di LRK*karakhighway,pacik terus masuk ke LPT2 dan terus berhenti di R&R Genting Sempah..

(Pehh besar gile tempat tu,mcm bangunan pejabat lak kuikuiku2)




























Nilah dia hentian Genting Sempah(jap nape ada tulis LPT2 kt R&R Genting Sempah sebab tak silap pacik lebuhraya yg pacik naik tu lebuh raya Kuala Lumpur-Karak??hurmm,nnti pakcik gugel aja ya 
)
Tapi kat situ semua paking penuh,melilau la pakcik kat situ dlm 5 minit,dah ditakdirkan rezeki kat situ,keluarlah satu kete ni sbb dia dah nk balik,Dia punya nak keluar tu perh ambik masa15 minit hahahhahaa.Pakcik pom senyum aja sebab perut dah lapar so takkan lah nak marah kekeekekkekekeeke.
Pas parking,pacik pum apa lagi terus serang la gerai2 makanan yg terletak ditingkat dua sbb tingkat 1 banyak tak bukakk..

gg

Tengok gambar pon dah tau rasanya,belum ngap betul2 dpn mata lagi kuikuikui2
pacik belasah nasi lemat nasi lebih+sambal sotong lebih + paru goreng lebih.
(semuanya lebih,tak elok untuk kesihatan tau pacik)Harga jangan kata la,semua ahli keluarga pacik ambik semua lebih2,ada 5 pinggan rasanya,baru Rm30..Murah Gileeeee.kehkehkehkeh

Baiklah,tangan pacik ni pun dah lenguh dan ditambah lagi semalam baru pacik tibe di KL,Pukul 12:00 tengah malam tepat)
so nantikanlah part 2 (sambungan kedua #kkm #ojtcswks)

Sekian,Terima Kasih

Wednesday, 4 May 2016

Hubungi Pakcik~

Sesiapa yang mahu menghubungi pakcik,bolehlah menghubungi melalui email
pakcikddam@gmail.com untuk apa2 permintaan dan pertanyaan :)

About PakcikDDAM

Pakcik DDAM,seorang yang baru sahaja meminati bidang pemblogger ini,beliau mula terlibat dalam aktiviti pembloggeran ini setelah mendapat ilham dari seseorang iaitu rakan Pakcik yang dikenali sebagai Queen Of Smoot(just lawak,dont take it siyes ok),lahir pada 20 Januari ****.Hanya memiliki sebuah komputer riba untuk meneruskan kerja pembloggeran ini.Oh ya,pakcik juga masih sedang dalam alam pembelajaran dan akan menduduki sebuah peperiksaan yang amat besar bagi pakcik(aikk,kata 'pacik'?).Thats All :)

Friday, 22 April 2016

Dapat 'Mata Baru'


Assalamualaikum,
2 minggu jugak pakcik tk post pape,so skrang ni pakcik nk sambung kesudahan blog yang terdahulu
(rujuk sini http://nothingjustinspired.blogspot.my/2016/04/hohopemeriksaan-mata-di-hospital.html

Keesokkan harinya selepas jumpa doktor,pakcik gi Tesco Extra Ampang n terlihatlah sebuah kedai bernama Focus Point.
(kejumpaan kedai ini tidak disangka sebenarnya kerana pacik plan  nak buat bulan depan.)
So,ape lagi,lepas tengok sale2 tu,terus pakcik menuju ke dunia spek mata tu
(memang dunia spek,penuh dengan spek cantik2)
(ni lah kedai spek mata Focus Point di Tesco Ampang tu)














Selepas itu,pacik pun bagi keputusan yang dapat haritu and pacik bagi tau yang pacik nak kanta sama seperti spek lama pakcik.Dia kata tak boleh ambik yg dulu sbb dulu low index sebab power sikit,skang dah kena high index sebab dah tak competible dah
(kalau nak jugak,berteballah dengan kanta tu,gurau je hehee,memang tkleh ambik yg seperti dulu)
So nak taknak,pacik pun pilih kanta jenama Carl Zeiss.Carl Zeiss yang Single Vision Superb.Pastu pakcik kata nak coat cermin tu dengan yang dulu tapi disebabkan pacik suka sangat dengan laptop,ambilah DuraVision Blueprotect.Apakah Duravision Blueprotect?Penjelasan di bawah


Protection against harmful blue-violet light for clear lenses

  • Helpful for wearers who have misgivings concerning the potentially harmful effects of blue-violet light indoors and who are looking for the appropriate protection.
  • ZEISS DuraVision BlueProtect is a new coating for clear lenses featuring a blue filter which attenuates blue light in the range from 390 to 440 nm.
  • However, it lets through the "healthy" blue light we need for our bodies. Studies have shown that blue light in the range between 400 and 520 nm (with a maximum at 460 nm) is very important for regulating the level of melatonin and therefore for controlling our biorhythm and wellbeing.
  • Hard coating and CleanCoat for easy cleaning - it's all include
(sumber dari www.zeiss.com.sg)

The ZEISS Blue-Violet Light Blocking Portfolio -

made to fit any situation of blue-violet light exposure.
ZEISS offers a comprehensive blue-violet light blocking portfolio that meets different consumer requirements for indoor and outdoor activities, filtering different amounts of blue-violet light depending on the activity.
(sumber dari www.zeiss.com.my)
Kelebihannya:


The benefits for the wearer

  • Address consumers’ health concerns with ZEISS blue-violet light blocking solutions.
  • Offer a comprehensive portfolio that takes into account the different intensity levels of harmful blue-violet light in indoor and outdoor activities.
  • Easy to understand with the Blue Protect Index (BPI).
(sumber dari www.zeiss.com,my)

itulah Duravision Blueprotect dari Zeiss..
Sebenarnya,pada fahaman pakcik,Duravision Blueprotect ni dia ada lapisan tapis biru yang melindungi mata kita dari cahaya UV,apesajalah yg dikeluarkan TV,Laptop
(pada fahaman pakcik)

Berbalik pada kisah tadi,
Lepas tolak sana tolak sini harga,tolak promosi segalanyalah,dapatlah kanta Zeiss Duravision Blueprotect pada harga RM859.91..selepas ditambah dengan frame GA Blue,total semuanya ialah 
RM1080....pacik bayar deposit RM300 dulu.....

Dijangka siap 1 minggu paling awal ataupun paling lama 2 minggu.

Selepas itu,menunggu la pakcik ni..

Dup dap dup dap,kringg.Dapat miss call dari Focus Point.So,tadi jugak pakcik gi ambik
spek tu....

Pas cuba2,cantik gak sebab ade coating biru tu
(ceh pacik ni,nak berfesyen lak ke?)

Lepas bayar2 baki RM780,dengan rasmilah spek mata itu menjadi milik pacik....

(ni lah dia,...)



(depan kit Zeiss)

(dapat kit Zeiss,ada kain lap,dan pelbagai lagi didalamnya


















spek mata baru~~~

spek mata lamaa~  

Dengan gambar2 tuh,berakhirlah
 sudah entry kali ini...
Sekian Terima Kasih.......





Sunday, 17 April 2016

Hoho,Pemeriksaan Mata di Hospital Ampang.FOR THE FIRST TIME :)

Bismillahirahmanirahim.....hi semua :)

Blog ni baru dilahirkan...so mestilah ade post yang akan dikeluarkan kan?
(mengarut bende la pakcikddam nih)

Haaaa,ni nak cite pasal pemeriksaan yang pakcik dah buat )

Sebenarnya first2 pakcik tak nampak apabila pakai spek mata lama,so pakcik ambil keputusan pegi Klinik Kesihatan Ampang nak cek mata...


(gambar digugle aja sbb tk sempat nak ambik)

So,bile dh lepas ujian saringan mata semua tuh,tetiba kena refer ke Hospital Ampang..
Lepas runding2 dengan ahli keluarga,Pakcik pun keesokkan harinya terus buat appointment n dapat tarikh hari jumaat(berkat tuhh) setelah mendapat persetujuan keluarga..

\Image result for hospital ampang
(gambar juga digoogle)
Tibalah juga pakcik di Hospital Ampang nih :)

Cari2 parking kat basement takjumpe,last2 terus pegi tingkat 5,so terpaksalah pakcik naik ke basement 5 tuh sebab semua parking penuh....Bersemangat nak cek matalah katakan~


Lepas2 parking,pakcik terus naik lif ke klinik pakar(rasanye di tingkat 2 kalau tak silap)
Lepas register,menunggu lah pakcik kat kerusi yang disediakan tuh...
Lepas 20-30 minit,pakcik dipanggil ke kaunter yang dipanggil Kaunter Oftalmologi tu...

Tunggu lagi sambil layan lagu kat hp ni.haaa dah tiba giliran jumpa pakar optometri di situ...
Masuk ke bilik tuh,scan mata,baca huruf menggunakan spek khas tu(macam spek robotic je hahaha)
Lepas2 semua2 keluarlah keputusan~






Tinggi jugak,Left 800 kanan 850 power...

Doktor tu cek spek mata lama ni n dia sarankan tukar yang baru
(baru beli bulan 7 2015)
doktor terkejut sebab baru beberapa bulan power naik 200+ dah..silau jangan cakap,lagi banyak....
doktor tu kata kata berkemungkinan kedai spek tu turunkan power kita or sbb pakcik suka sangat tengok tv dekat2 n main komputer
(memang pun~~~))

belum abis lagi...
lepas keluar keputusan tuh,kena pulak jumpe doktor pakar(eh yang tdi tu doktor or pakar optemetri?konfius pakcik)

Lepas setengah jam,dipanggil lah ke bilik doktor pakar.Doktor nak cek urat mata then dia titiskan 3 ubat(pedih mata pakcik!) yang nak membesarkan bebola mata untuk cek urat didalam,mata pakcik jadi rabun dekat untuk seketika dan bila lihat hanpon semua berpinar(oh my!!),jadi pakcik terpaksa membuat keputusan dramastik untuk merehatkan diri dengan tidur seketika..ubat itu kena tunggu setengah jam baru dia active..

Buk bak2,tibalah masanye...
Jumpe doktor lain n dia letak alat yang ada lampu kat mata pakcik then sakit!!!silau teramatlah sangat...Bile2 dah siap semua tuh,doktor kata kata kalau nampak lalat dpn mata terbang2 or langsir terbuka the tertutup,terus refer hospital kerana dikhuatiri urat sarat terputus masa proses kembangkan bebola mata(ini real,bukan main2).

Lepas cek doktor,terus ke kaunter tdi n dia bagi appointment 4 and 6 bulan seterusnya selepas pakai spek baru (nantikan post itu).

Bila jalan pergi ke basement,teramat yang panas dan menyilaukan menjadikan mata pakcik terlalu sakit sehingga tahap kritikal yang terlebih kritikal(banyaknya kritikal ko)...So,ahli keluarga pakcik la yg drivekan.
Tamatlah Pengalaman pakcik...

P/S:Doktor suh buat cermin mata,mesti korang nak tau kesinabungannya,nantikan post itu!!!

17 APRIL 2016 9:10P.M.